Wiki ng New BoBoiBoy
No edit summary
Tatak: rte-source
No edit summary
Tatak: rte-source
Linya 40: Linya 40:
 
== Abilidad ==
 
== Abilidad ==
 
=== Gravity Manipulation Power ===
 
=== Gravity Manipulation Power ===
Apabila ada aalien jahat datang ke Bumi, Yaya akan menolong BoBoiBoy bertarung dengan mereka dengan menjadi seorang superheroin yang boleh mengawal Kuasa Manipulasi Graviti, membolehkan dia tebang dan menjadi seorang yang kuat.
+
Apabila ada alien jahat datang ke Bumi, Yaya akan menolong BoBoiBoy bertarung dengan musuh-musuhnya dengan menjadi seorang superheroin yang boleh mengawal Kuasa Manipulasi Graviti, membolehkan dia terbang dan menjadi seorang yang kuat.
   
 
<tabber>
 
<tabber>

Pagbabago mula noong 09:05, 17 Disyembre 2016

Yaya Yah
Humihingi kami ng paumanhin, ngunit ang pahinang ito ay hindi kaayon sa Visual Editor. Mangyaring edit sa text-based editor sa halip. Salamat sa iyo para sa mga nagtatrabaho sa amin.
Yaya Yah
Yaya dalam BoBoiBoy Galaxy
Mga Alias Yaya, Hanna
Mimi
Kapangyarihan {{{power}}}
Hindi Kilala Female
Uri ng hayop Human
Buhok Brown (according to concept art)
Mata Brown
Petsa ng kapanganakan {{{date_of_birth}}}
Edad 10 (Season 1)
11 (Season 2, 3, Movie)
14 (BoBoiBoy Galaxy)
Pananakop Superhero, Student
Tininigan sa pamamagitan ng Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Malay)
Fairuz Arfa Ariff Syah (Disney Channel and YouTube English versions)
Unang hitsura {{{first_appearance}}}
Huling hitsura {{{last_appearance}}}
Bilang ng mga Appearances {{{number_of_appearances}}}
Lahi Malay
Katayuan {{{status}}}
Pamilya {{{family}}}

Yaya Yah, ataupun lebih biasa dipanggil sebagai Yaya ialah salah seorang watak utama dalam siri BoBoiBoy. Yaya merupakan salah seorang superhero dan kawan kepada BoBoiBoy yang juga memiliki kuasa super yang diberi oleh Ochobot; Kuasa Manipulasi Graviti.

Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu What Yaya Says sebagai watak utama.

Hitsura

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.

Panahon 2

Pada musim ke-2, gayanya tidak banyak berubah tetapi dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak dan menjadikan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.

Panahon 3

Pada musim ke-3 pula, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim ke-2.

Orihinal na Konsepto

Mengikut konsep asal, Yaya tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah terang dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya pada musim pertama.

Katangian

Yaya adalah seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang budak perempuan yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas dia mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.

Sebagai ketua kelas di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, baik pelajar biasa ataupun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Abilidad

Gravity Manipulation Power

Apabila ada alien jahat datang ke Bumi, Yaya akan menolong BoBoiBoy bertarung dengan musuh-musuhnya dengan menjadi seorang superheroin yang boleh mengawal Kuasa Manipulasi Graviti, membolehkan dia terbang dan menjadi seorang yang kuat.

  • Kelajuan Super Sonic: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskan kuasa gravitinya dengan menumbuk musuhnya.
    • Tumbukan Super Padu: Tingkatan kuasa bagi Tumbukan Padu yang dua kali ganda lebih padu.
    • Tumbukan Padu, Bertubi-tubi: Kuasa tingkatan bagi Tumbukan Padu yang membolehkan Yaya menumbuk secara bertubi-tubi.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang objek dengan lebih kuat dan laju.
  • Kuasa Pemberat Graviti: Yaya menggunakan kuasa graviti untuk menjadikan objek lebih berat dengan kuasanya.
    • Kuasa Graviti: Yaya menghasilkan sfera graviti yang membolehkannya mengurung musuhnya dalam sfera tersebut dan memanipulasikannya samada meringankannya mahupun memberatkannya bagi menyeksa musuh.
    • Graviti Pemberat: Yaya menghentakkan kedua-dua tangannya ke atas tanah, lalu memberatkan musuh.
    • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya membelenggu badan musuhnya dengan kuasa graviti lalu menggunakannya untuk mengangkat musuh yang lebih berat daripadanya.

  • Tumbukan Bertubi-tubi: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi.
  • Tumbukan Padu Maksima: Kuasa yang lebih kuat daripada Tumbukan Padu yang biasa. Dengan hanya sekali tumbukan, Yaya boleh menumbuk musuh dengan kuat sehingga musuh jauh terpelanting ke belakang.
  • Selain menggunakan kebolehan biasanya dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya juga kini boleh menggunakan kuasa tahap keduanya setelah mendapat tenaga terakhir daripada Ochobot. Tahap kedua kuasa Yaya ini membolehkan dia mengangkat barang-barang yang lebih berat dan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Sebagai contoh, dahulunya Yaya hanya boleh mengangkat gajah, kereta dan bot. Tetapi kini Yaya boleh mengangkat bangunan-bangunan besar, kapal-kapal dan objek-objek lain lagi yang lebih besar. Dengan keupayaan ini, secara tidak langsung dapat memberikan kepada Yaya kuasa untuk menyerang musuhnya dengan lebih kuat.

    • Hempasan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu di angkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan maksima ke bawah tanah.

  • Apungan Graviti/Kuasa Apungan Graviti: Digunakan untuk mengapungkan sesuatu objek di udara. Pertama kali digunakan dalam episode 3 untuk mengelakkan Raksasa Gurunda daripada menyerang Gopal.

  • Atake Combo

    With Ying

    • Cakaran Laju: Serangan kombo yang Yaya serang bersama Ying untuk menyerang Sleeping Monster dalam permainan dam haji. Serangan ini hanya digunakan pada musim pertama.
    • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali. Pertama kali digunakan pada Season 3, Episode 14 untuk menyerang Onion Monster.
      • Serangan Kombo Laju & Padu: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali. Pertama kali digunakan pada Musim 3, Episod 14 untuk menyerang Raksasa Bawang.
    • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju. Pertama kali digunakan pada Season 3, Episode 22 untuk mengalahkan Raksasa Perisai.
      • Tumbukan Super Sonic: Tumbukan yang hampir sama dengan Tumbukan Super Padu, namun kedua-duanya sama padu.

    Trivia

    • Yaya suka membuat eksperimen dengan berbagai-bagai resepi biskut, tetapi dia tidak pernah merasa biskutnya sendiri.
    • Di Rintis Island Primary School, Yaya memegang jawatan sebagai ketua kelas 5 Jujur manakala jawatan Penolong Ketua Kelas dipegang oleh Gopal.
    • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube, nama Yaya ditukar kepada "Hanna".