Kee Yong Pin adalah pemilik bersama Animonsta Studios dan juga pengarah bersama siri BoBoiBoy.
Beliau adalah antara sekumpulan bekas kakitangan Les' Copaque Production (penerbit siri Upin & Ipin) yang meninggalkan syarikat animasi tersebut untuk menubuhkan Animonsta, di samping Anas Abdul Aziz, Safwan Abd Karim, dan Nizam Razak. Ketika di Les' Copaque, beliau pernah melakonkan watak Lim dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Nama syarikat keretapi Yong Pin Aerotrain Express yang kelihatan di dunia BoBoiBoy dinamai sempena beliau.