Wiki ng New BoBoiBoy
Advertisement
BoBoiBoy Galaxy Episode 2 Season 1
Adu Du Probe gelap
petsa
ng publication
2 Disember, 2016 (TV3: Episod Penuh dan YouTube Monsta: Bahagian 1)
9 Disember 2016 (Youtube Monsta: Bahagian 2)
tagal
display
12:26 (Bahagian 1)
15:10 (Bahagian 2)
Episode Guide
Nakaraan
Galaxy Episode 1
Susunod
Galaxy Episode 3

Ini merupakan episod kedua BoBoiBoy Galaxy. Previu episod ini dimuat naik ke YouTube pada 30 November 2016, manakala tayangan perdana di TV3 adalah pada 2 Disember 2016.

Plot[]

Suasana kelihatan tenang di Rintis Island, sehingga munculnya kelibat watak yang tidak asing lagi bagi BoBoiBoy dan rakan-rakan. Di kapal angkasa Cici Ko, MotoBot bertanya bila kapal ini akan siap dibaiki, lalu Cici Ko menjawab dalam sehari dua lagi. MotoBot terkejut dan mula risau akan kehadiran pemburu Power Sphera yang lain. Cici Ko berkata beliau tidak perlu risau kerana mereka di bawah perlindungan BoBoiBoy.

Di Tok Aba's Kokotiam, BoBoiBoy menerima banyak arahan yang berbeza semasa bekerja di situ. Lalu, untuk memudahkan kerja, BoBoiBoy berpecah tiga lalu mula membahagikan tugas. Seperti biasa BoBoiBoy Lupa berperanan sebagai ketua. Semasa BoBoiBoy Hangin dalam perjalanan menghantar air kepada Cici Ko, beliau terserempak dengan Gopal yang sedang berniaga di depan kapal angkasa Cici Ko. Gopal teruja menunjukkan wangnya yang begitu banyak lalu berswafoto bersama BoBoiBoy Angin. BoBoiBoy tertarik dengan gambar tersebut, namun dia terkejut apabila Gopal memberitahu bahawa beliau perlu membayar RM30 satu, kononnya harga kawan-kawan. BoBoiBoy kecewa dan meneruskan perjalanannya.

Watak jahat tersebut telah tiba di kapal angkasa Cici Ko dan menyemburkan gas tidur ke situ dan juga kedai Tok Aba. Sementara itu, di dalam kapal angkasa Cici Ko, MotoBot menawarkan diri untuk menghasilkan kapal angkasa baharu dengan menggunakan kuasanya, namun Cici Ko tidak mahu membazirkan tenaga MotoBot. Kemudian, BoBoiBoy Angin tiba dan memberikan air "Special Ice Chocolate Tok Aba" kepada Cici Ko. Cici Ko bertanya air apakah itu, namun Gopal menyampuk menerangkan air tersebut dan mengambil air tersebut lalu meminumnya. BoBoiBoy Angin berasa marah terhadap Gopal dan Gopal meletakkan semula cawan kosong ke tangan Cici Ko.

Tiba-tiba, gas tidur telah masuk ke dalam kapal angkasa lalu menyebabkan BoBoiBoy Angin, Gopal dan Cici Ko tertidur. Gas itu juga telah tersebar ke kedai Tok Aba, menyebabkan dua lagi BoBoiBoy dan salah seorang pelanggan tertidur sekali. Ochobot dan Tok Aba sempat melarikan diri. Adu Du dan Probe mula menghampiri MotoBot. MotoBot bertanya siapa mereka, lalu Adu Du membuka topeng dan memperkenalkan diri, tetapi terasa mengantuk akibat terhidu gas tidur lalu tertidur. Probe terkejut lalu menyuruh Adu Du bangun. MotoBot cuba melarikan diri namun sempat ditangkap oleh Probe.

Keesokan paginya, Tok Aba mengejutkan BoBoiBoy yang tertidur. Ochobot pula mengejutkan Gopal dan Cici Ko yang berada di dalam kapal angkasa. Cici Ko tersedar, lalu menanya apa yang berlaku. Jadi, Gopal berasa aneh mengapa bantal peluknya boleh bercakap. Selepas mengetahui ia adalah Cici Ko, dia terus melempar Cici Ko secara tidak sengaja akibat terkejut. Cici Ko meminta bantuan MotoBot, namun Ochobot memberitahu bahawa MotoBot telah diculik dan mereka diserang pada malam sebelumnya; Ochobot melihat MotoBot diangkut oleh sebuah kapal angkasa, kemudian terus berlepas meninggalkan Bumi.

Selepas mendengar berita tersebut, Cici Ko segera bergegas ke pusat kawalan kapal untuk mengesan koordinat MotoBot. BoBoiBoy bertanya adakah dapat mengesan MotoBot, lalu disambut oleh Cici Ko yang mengatakan bahawa semua power sphera yang diselamatkannya mempunyai alat pengesan. Dengan alat tersebut, Cici Ko boleh mengesan koordinat terkini MotoBot dengan kadar segera dan menjumpai lokasinya. Cici Ko berkata bahawa MotoBot telah dibawa ke Sektor G-14, iaitu sebuah planet stesen minyak yang terletak 159 juta tahun cahaya dari Bumi. BoBoiBoy dan Gopal sempat mengeluh kerana jarak planet tersebut amat jauh.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, Ochobot mengarahkan Cici Ko untuk menghidupkan kapalnya, tetapi ditolak kerana kapal angkasanya masih belum siap dibaiki. Oleh itu, Cici Ko mencadangkan agar mereka menggunakan kuasa teleportasi milik Ochobot, untuk sampai ke planet tersebut dengan cepat. Tetapi lain pula masalahnya apabila BoBoiBoy menanya bahawa kapal angkasa tersebut sedang bergerak, jadi bagaimana caranya mereka sampai tepat ke kapal angkasa penculik. Tetapi, Cici Ko menemui jalan penyelesaiannya dan bersedia untuk memulakan "Ops Kabur Samar Samar", iaitu BoBoiBoy dan Gopal perlu menyamar sebagai alien apabila tiba di planet tersebut. Pada mulanya, BoBoiBoy dan Gopal mencadangkan agar mereka teleport ke sana dan berlawan terus dengan penculik MotoBot, tetapi Cici Ko menyergah agar tidak terburu-buru kerana kemungkinan penculik tersebut adalah Pemburu Power Sphera yang berbahaya.

Pada masa yang sama, Adu Du sedang berangan dalam mimpinya, mengatakan bahawa dia ialah Pemburu Power Sphera lagenda, diikuti dengan tepukan tangan daripada alien-alien lain yang kemudian tepukan mereka sampai ke muka Adu Du. Setelah tersedar, rupanya dia ditampar oleh Probe yang bertujuan untuk membangunkannya daripada iaguan tersebut. Setelah rasa sakitnya hilang, dia kehairanan apabila melihat MotoBot terikat di dalam kapal angkasanya. Tanyanya lagi, bukankah MotoBot telah terlepas dan mereka tertidur pada malam sebelumnya. Lantas Probe menjelaskan bahawa dia adalah robot, jadi tidak akan tertidur dengan hiduan gas.

Adu Du kemudiannya bangga dan gembira apabila mendapat tahu bahawa MotoBot ditangkap oleh Probe, lantas memuji Probe. MotoBot meminta agar dia dilepaskan, namun rayuannya tidak diendahkan oleh Adu Du. Tiba-tiba siren di kapal angkasanya berbunyi, menunjukkan bahawa kapal angkasanya hampir kehabisan tenaga. Oleh itu, Adu Du mengarahkan Computer untuk mencari tempat pengisian tenaga yang terdekat dan mendarat di sana. Sementara itu, di tempat pengisian tenaga tersebut, Cici Ko dan Ochobot telah sampai ke Sektor G-14 bersama Gopal dan BoBoiBoy.

Gopal dan BoBoiBoy yang menyamar sebagai Alien Mop mengeluh kerana tidak ada alien yang berupakan mop seperti yang dipakai oleh mereka. Tetapi Cici Ko menyuruh agar jangan cakap banyak dan meminta mereka mengikut beliau. BoBoiBoy dan Gopal tidak dapat berbuat apa, kemudian berjalan mengikut Cici Ko. Tiba-tiba, Ochobot melihat sebuah objek bercahaya menuju ke tempat mereka berada lalu memberitahu kepada Cici Ko. Cici Ko dengan segera menyuruh mereka memasuki ke dalam kedai stesen minyak. Gopal dan BoBoiBoy yang manyamar menjadi Alien Mop berperanan sebagai jurujual yang berada di kaunter, Cici Ko sebagai tukang cuci, manakala Ochobot pula menyamar sebagai mainan.

Muncul dari ambang pintu kedai, rupanya alien tersebut mempunyai rupa yang sama dengan penyamaran yang dikenakan oleh Gopal dan BoBoiBoy. Cici Ko yang melihat Alien Mop tersebut memasuki ke dalam kedai, segera melihat signal MotoBot, namun tidak ada bersama mereka. Alien Mop yang serba merah mendekati ke kaunter dan menanya kepada BoBoiBoy dan Gopal bahawa ubat gigi berada di mana dalam bahasa asing [maksud pertanyaannya ialah "Ubat gigi ada dekat mana?"]. Dalam keadaan yang gelabah dan tidak memahami apa yang dikatakan oleh Alien Mop itu, BoBoBoy dan Gopal terdiam seketika. Akhirnya, Gopal secara tidak sengaja bersuara sambil tangannya menunjukkan ke arah sebuah rak.

Alien Mop itu keharainan, seakan-akan antara memahami dan tidak memahami jawapan daripada Gopal. Tetapi untuk mendapatkan kepastian lagi, Alien Mop menanya lagi dalam bahasanya ("Oh, kat rak sebelah sana tuh ek?"), lalu mengucapkan terima kasih dan beredar dari situ. BoBoiBoy sempat bertanya kepada Gopal bagaimana dia dapat memahami bahasa Alien Mop itu, tetapi sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sebuah kapal angkasa yang tidak asing lagi mendarat di pekarangan kedai tersebut. Tiba-tiba alat pengesan Cici Ko kembali aktif, menunjukkan bahawa MotoBot berada di dalam kapal angkasa itu.

Kapal angkasa tersebut membawa empunya dan penculik MotoBot turun. Cici Ko, BoBoiBoy, dan Gopal yang melihat, mengetahui bahawa identiti penculik MotoBot adalah musuh lama mereka yang tidak asing lagi, iaitu... Adu Du dan Probe! BoBoiBoy terus mengajak Gopal untuk mengambil tindakan, tetapi Gopal mengambil kesempatan itu untuk berurus niaga dengan Alien Mop tersebut. Dalam keadaan marah, BoBoiBoy menarik paksa Gopal keluar dari kedai lalu berhadapan dengan Adu Du. BoBoiBoy dalam penyamarannya menyahut nama Adu Du. Adu Du menyambut dalam kehairanan apabila melihat alien tersebut mengenalinya, lalu dicelah oleh Probe tentang kepopularitian bosnya. Gopal terus menyambut persoalan Adu Du, mengatakan siapa yang tidak mengenalinya sebagai Pemburu Power Sphera yang paling gagal. Kata-katanya itu disertakan dengan bukti yang berbentuk poster (wanted list). Dengan melihatnya sahaja, emosi Adu Du menjadi terharu apabila mengetahui yang dirinya sedang dikehendaki, tetapi disergah oleh Gopal bahawa nilai bayarannya hanyalah RM 1.00.

Pada masa yang sama, Cici Ko mula mendekati MotoBot dari belakang kapal secara perlahan-lahan sementara tumpuan Adu Du dan Probe diganggu oleh BoBoiBoy dan Gopal. Sementara itu, BoBoiBoy yang terus berang, meminta Adu Du untuk mengembalikan MotoBot semula tetapi tiba-tiba ditarik oleh Alien Mop yang menyangka bahawa BoBoiBoy adalah rakannya dan mengajaknya pulang. BoBoiBoy pula meronta dan meminta bantuan Gopal dengan memanggil nama Gopal. Adu Du yang tadinya tersenyum, berasa terkejut apabila mendengar nama Gopal. Gopal dengan kadar segera menolong rakan karibnya itu, dan aksi tarik menarik antara Alien Mop dan Gopal pun berlaku sehingga Gopal tertarik baldi penyamaran BoBoiBoy yang akhirnya mendedahkan penyamaran mereka.

Alien Mop tadi terkejut lalu pengsan, tetapi nasib sempat disambut oleh dua rakannya. Kemudian terus membawanya menaiki bas pengangkutan dan bersama-sama beredar dari tempat stesen minyak tersebut. Setelah penyamaran BoBoiBoy dan Gopal terbongkar, Adu Du digertak lagi untuk memulangkan MotoBot, tetapi Adu Du seperti enggan berbuat demikian lalu segera mengarah Probe untuk menghalang BoBoiBoy dan Gopal daripada mengambil MotoBot, tetapi malangnya MotoBot telahpun melepaskan diri dengan bantuan Cici Ko yang melarikan diri daripada mereka. Tersentak atas perkara tersebut, Adu Du segera mengarahkan Probe untuk mengejar mereka lalu Probe bertukar mod kepada Kereta Probe lalu memecut ke hadapan. BoBoiBoy yang melihat tidak membiarkan, lalu bertukar elemen kepada BoBoiBoy Petir lalu memecut mengejar oleh Adu Du dan Probe diikuti dengan Gopal lalu berlakulah aksi kejar-mengejar antara mereka.

Adu Du yang menaiki Kereta Probe masih lagi mengejar Cici Ko untuk merampas semula Power Sphera MotoBot. BoBoiBoy kemudiannya berniat untuk menghentikan Adu Du, lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Petir dan memecut ke hadapan sambil melancarkan senjata Pedang Petir ke arah Adu Du, namun tersasar. Terkejut atas kejadian itu, Adu Du mengarahkan Probe untuk belok lalu dia menyerang BoBoiBoy dengan berdas-das tembakan peluru berpandu diikuti tembakan berlaser yang mengenai sasaran. MotoBot yang sedang ditunggang oleh Cici Ko segera berhenti apabila menyedari BoBoiBoy diserang. Tetapi, mujur BoBoiBoy sempat berubah kepada BoBoiBoy Tanah yang melindungi dirinya dengan Tanah Pelindung. Pada masa yang sama, Gopal dalam keadaan kepenatan masih lagi berlari ke hadapan. BoBoiBoy Tanah tanpa membuang masa menghasilkan Cengkaman Tanah yang kemudiannya keluar sepasang tangan tanah yang besar dari dalam tanah dan perlahan-lahan cuba mencengkam Adu Du dan Probe. Namun begitu, Probe sempat bertukar Mecha Probe lalu mengagalkan serangan BoBoiBoy Tanah.

Adu Du yang mengawal Mecha Probe bertindak dan menyerang balas terhadap BoBoiBoy dan Gopal dengan melancarkan dua misil ke arah mereka. BoBoiBoy dengan pantas berubah elemen dari Tanah ke Angin dan meneutralkan serangan Adu Du dengan Tolakan Angin. Misil itu menghasilkan sebuah letupan yang disertai dengan api yang membara, namun Mecha Probe sempat keluar dari letupan lalu mula mengejar mereka. BoBoiBoy menyuruh Gopal untuk melarikan diri, namun Gopal sempat mengeluh bahawa dia baru sampai ke situ. Tetapi bukan masanya untuk mengeluh, lalu Gopal berlari di belakang BoBoiBoy.

Cici Ko segera mengarahkan MotoBot untuk menolong BoBoiBoy dan Gopal lalu mengikut dari belakang Mecha Probe. Sambil berlari, serangan laser dilancarkan oleh Adu Du melalui Mecha Probe untuk disasarkan terhadap BoBoiBoy dan Gopal. Setelah sasaran dikesan dengan tepat, Adu Du segera melepaskan tembakan laser ke arah BoBoiBoy dan Gopal. MotoBot cuba memecut selaju mungkin, lalu segera menggunakan Kuasa Pemberian Kenderaan terhadap BoBoiBoy dan Gopal. Akhirnya, terhasillah motor yang serba jingga dan jip yang serba hijau yang setiuap satu dimiliki oleh BoBoiBoy dan Gopal. Adu Du yang melihat perkara itu kembali marah lalu melancarkan peluru berpandu ke arah Cici Ko dan MotoBot. Gopal terkejut melihat perkara itu, lalu menunjukkan kemampuan daripada jipnya dengan melancarkan Tembakan Makanan yang kemudiannya mengubah struktur peluru tersebut kepada makanan.

Gopal sebenarnya tidak sedar tentang tindakannya tadi, lalu mula tertanya-tanya. Adu Du terkejut dan tidak menyangka bahawa kereta itu juga mempunyai kuasa. Kemudian disambut oleh Cici Ko yang menjelaskan bahawa MotoBot bukanlah Power Sphera sembarangan. Jadi secara teknikalnya, kenderaan yang dihasilkan oleh MotoBot mampu beradaptasi dengan kuasa pengguna kenderaan berkenaan. Adu Du tampak berang dengan situasi tersebut lalu memaksa mereka menyerahkan MotoBot dan mula mendekati Cici Ko dan MotoBot.

Kini giliran BoBoiBoy pula untuk beraksi. Dia berpecah kepada tiga dengan masing-masing mempunyai motor sendiri, lalu BoBoiBoy Tanah meninggikan aras tanah dengan Drifting Tanah yang menusuk Mecha Probe. Ia terpelanting ke ruang udara lalu disambut oleh BoBoiBoy Angin yang menggunakan Pusaran Angin lalu diakhiri dengan serangan Pecutan Kilat oleh BoBoiBoy Petir. Setelah Adu Du dan Probe jatuh ke tanah, ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum kembali. Bagaimanapun, Adu Du yang kalah teruk tidak mengakui akan kekalahannya. Pada masa yang sama, kapal angkasa sampai di tempat Adu Du berada. Sebelum Adu Du bersama berundur Probe, Adu Du memberikan amaran bahawa dia akan kembali dan akhirnya kapal angkasa berkenaan meninggalkan orbit Sektor G-14.

Dengan keselamatan MotoBot, Cici Ko berterima kasih lalu memujuk BoBoiBoy dan Gopal untuk menyertai kumpulan TAPOPS demi keselamatan Power-Power Sphera dengan disokong oleh Gopal. Tanpa berfikir panjang, BoBoiBoy menerima pelawaan Cici Ko untuk menyertai pasukan TAPOPS diikuti oleh Gopal. Cici Ko gembira akan penerimaan BoBoiBoy dan Gopal tetapi beliau mengenakan satu syarat, iaitu menyanyikan lagu tema TAPOPS sebelum menjadi ahli tetapnya.

Trivia[]

  • Episod ini telah dipisahkan kepada dua bahagian, iaitu di mana Bahagian 1 dimuat naik ke dalam YouTube pada 2 Disember 2016, iaitu tarikh tayangan perdana episod ini sementara Bahagian 2 pula dimuat naik pada 9 Disember 2016.
  • Dalam komik, tempat pengisian tenaga dipanggil sebagai pusat singgahan R&R antara galaksi.

Video[]

Advertisement