Wiki ng New BoBoiBoy
No edit summary
Tatak: rte-source
No edit summary
Tatak: rte-source
Linya 1: Linya 1:

{{Template:Tab Template

|backcolor=#990000

|altbackcolor=#FFFFFF

|bordercolor=silver

|borderradius=6

|height=2.2

|maxwidth=20

|tab1 = Fang

|tab2 = Galerya}}

{{Novisualeditor}}

{{Katangian|name = Fang|gender = Male|species = Human|hair = Dark blue ([[BoBoiBoy (Serye)|BoBoiBoy]]
Dark purple ([[BoBoiBoy Galaxy]])|eye = Brown|age = 10 (Season 1 and [[Extended Finale]])
11 (Season 2, Season 3, [[BoBoiBoy: The Movie|Movie]])
14 (BoBoiBoy Galaxy)|voice = [[Wong Wai Kay]] (Malay and English versions)|other_relations = |appearance = [[Extended Finale]]
[[Panahon 2]]
[[Panahon 3]]
[[BoBoiBoy: The Movie]]
[[BoBoiBoy Galaxy]]|image = Fang dalam BoBoiBoy Galaxy.png|aliases = Ah Meng ([[BoBoiBoy Quake]])
Apang ([[Ying]])
Pang, Prebet Pang ([[Captain Kaizo]])|race = Chinese|job = Superhero
Student
Prebet in [[Kaizo's Team]]|siblings = [[Captain Kaizo]] (older brother)|imagetwo = }}'''Fang''' (''Prebet Pang'') adalah salah seorang watak utama dalam [[BoBoiBoy (Serye)|BoBoiBoy]]. Dia ialah kawan kepada [[BoBoiBoy (Karakter)|BoBoiBoy]] yang juga mendapat kuasa daripada [[Ochobot]]. Fang juga ialah adik lelaki kepada [[Captain Kaizo]].

{{Katangian|name = Fang|gender = Male|species = Human|hair = Dark blue ([[BoBoiBoy (Serye)|BoBoiBoy]]
Dark purple ([[BoBoiBoy Galaxy]])|eye = Brown|age = 10 (Season 1 and [[Extended Finale]])
11 (Season 2, Season 3, [[BoBoiBoy: The Movie|Movie]])
14 (BoBoiBoy Galaxy)|voice = [[Wong Wai Kay]] (Malay and English versions)|other_relations = |appearance = [[Extended Finale]]
[[Panahon 2]]
[[Panahon 3]]
[[BoBoiBoy: The Movie]]
[[BoBoiBoy Galaxy]]|image = Fang dalam BoBoiBoy Galaxy.png|aliases = Ah Meng ([[BoBoiBoy Quake]])
Apang ([[Ying]])
Pang, Prebet Pang ([[Captain Kaizo]])|race = Chinese|job = Superhero
Student
Prebet in [[Kaizo's Team]]|siblings = [[Captain Kaizo]] (older brother)|imagetwo = }}'''Fang''' (''Prebet Pang'') adalah salah seorang watak utama dalam [[BoBoiBoy (Serye)|BoBoiBoy]]. Dia ialah kawan kepada [[BoBoiBoy (Karakter)|BoBoiBoy]] yang juga mendapat kuasa daripada [[Ochobot]]. Fang juga ialah adik lelaki kepada [[Captain Kaizo]].

Linya 30: Linya 40:

== Rupa ==

== Rupa ==

<gallery type="slideshow" widths="260">

<gallery type="slideshow" widths="260">
Fang dalam Musim 2.png|Fang dalam Musim 2

Fang dalam Musim 2.png|BoBoiBoy appearances sa [[Panahon 2]]
Fang dalam Musim 3.jpg|Fang dalam Musim 3

Fang dalam Musim 3.jpg|BoBoiBoy appearances sa [[Panahon 3]]
Fang.png|Fang dalam [[BoBoiBoy: The Movie]]

Fang.png|BoBoiBoy appearances sa [[BoBoiBoy: The Movie]]

</gallery>

</gallery>

Fang berambut pacak yang berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta bercermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian kiri dan kanan bingkainya. Dia juga berjaket dan berkasut but.

Fang berambut pacak yang berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta bercermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian kiri dan kanan bingkainya. Dia juga berjaket dan berkasut but.

Pagbabago mula noong 14:31, 4 Enero 2017

Fang
Galerya
Humihingi kami ng paumanhin, ngunit ang pahinang ito ay hindi kaayon sa Visual Editor. Mangyaring edit sa text-based editor sa halip. Salamat sa iyo para sa mga nagtatrabaho sa amin.
Fang
Fang dalam BoBoiBoy Galaxy
Mga Alias Ah Meng (BoBoiBoy Quake)
Apang (Ying)
Pang, Prebet Pang (Captain Kaizo)
Kapangyarihan {{{power}}}
Hindi Kilala Male
Uri ng hayop Human
Buhok Dark blue (BoBoiBoy
Dark purple (BoBoiBoy Galaxy)
Mata Brown
Petsa ng kapanganakan {{{date_of_birth}}}
Edad 10 (Season 1 and Extended Finale)
11 (Season 2, Season 3, Movie)
14 (BoBoiBoy Galaxy)
Pananakop Superhero
Student
Prebet in Kaizo's Team
Tininigan sa pamamagitan ng Wong Wai Kay (Malay and English versions)
Unang hitsura {{{first_appearance}}}
Huling hitsura {{{last_appearance}}}
Bilang ng mga Appearances {{{number_of_appearances}}}
Lahi Chinese
Katayuan {{{status}}}
Pamilya {{{family}}}

Fang (Prebet Pang) adalah salah seorang watak utama dalam BoBoiBoy. Dia ialah kawan kepada BoBoiBoy yang juga mendapat kuasa daripada Ochobot. Fang juga ialah adik lelaki kepada Captain Kaizo

Fang merupakan watak terakhir yang muncul dalam BoBoiBoy. Kemunculan Fang adalah untuk memenuhkan peranan sebagai pesaing yang sengit kepada BoBoiBoy.

Sejarah

Kemunculan sulung

Pada Season 2, Episode 1, Fang berpindah ke Rintis Island Primary School sebagai murid baru dan juga muncul sebagai hantu pada Season 2, Episode 2. Sepanjang Fang tinggal di Rintis Island, dia berasa cemburu dan iri hati dengan BoBoiBoy. Bukan sahaja kerana kehebatan kuasanya, malah juga kerana kepopularitiannya.

Menyertai pasukan BoBoiBoy

Kadangkala, cabaran Fang terhadap BoBoiBoy menyebabkan mereka bergaduh dan sering membandingkan kehebatan kuasa dan kebolehan masing-masing. Walau bagaimanapun, Fang dan BoBoiBoy tetap berkawan antara satu sama lain. Pada Season 2, Episode 13, dilihatkan Fang mula menjadi sebahagian daripada geng BoBoiBoy apabila mereka bekerjasama untuk mengalahkan Ejo Jo dan tidak lagi menganggap sesama sendiri sebagai musuh.

Identiti dibongkarkan

Dalam Season 3, Episode 24, seorang watak misteri yang bernama Captain Kaizo tiba di Bumi untuk memeriksa perkembangan misi pertama Fang di Bumi. Misi Fang adalah untuk mendapatkan Jam Kuasa yang hebat; sebenarnya jam yang dikesannya adalah milik BoBoiBoy dan kawan-kawan. Walau bagaimanapun, misinya tergendala gara-gara Fang dan BoBoiBoy tidak lagi bermusuhan. Justeru, Fang dihukum oleh Kaizo dengan kuasa manipulasi tenaganya.

Tetapi sebelum itu, Kaizo telah mendedahkan identiti Fang yang sebenarnya; dia merupakan perisik dalam pasukannya dan cuma menggunakan nama "Fang" sebagai nama samaran untuk menjalankan misinya. Nama dia yang sebenarnya ialah "Prebet Pang". Selain itu, Fang ini sebenarnya tidak berspesiskan manusia, tetapi berspesiskan alien. Tindakan Fang yang menyerang BoBoiBoy secara tiba-tiba telah menyebabkan satu pertarungan epik di antara Fang dan BoBoiBoy. Masing-masing tidak mahu mengalah, sehinggakan pada akhirnya hampir mencederakan satu sama lain tetapi sempat dihentikan oleh Yaya dan Ying yang berpesan bahawa mereka adalah kawan. Mujurlah mereka sempat berhenti daripada menyerang, dan BoBoiBoy sempat berpesan kepada Kaizo bahawa mereka tidak akan bermusuhan kerana mereka adalah kawan.

Dalam Season 3, Episode 25, akhirnya BoBoiBoy dan kawan-kawan jatuh kalah dan pada masa yang sama Fang telahpun terlepas dari hukuman. Namun, ketika Lahap hampir saja ingin menghabiskan mereka dengan kuasa plasma toksiknya, tiba-tiba Fang sempat mengambil Jam Kuasa mereka dengan kuasa bayangnya (kerana tiada pilihan lain, sebenarnya Fang ingin melindungi kawan-kawannya daripada serangan Kaizo dan Lahap) dan kemudian menyerahkan kepada Kapten Kaizo. Fang juga meminta maaf bersungguh-sungguh kepada kaptennya kerana mengingkari arahannya. Setelah diberi amaran kepada Fang, mereka berlepas ke angkasa dengan kapal angkasa Kaizo.

Semasa di dalam kapal angkasa, Kaizo telah mendesak Fang untuk menyerahkan Jam Kuasanya sekali untuk ditempatkan bersama Jam Kuasa milik BoBoiBoy dan kawan-kawan. Sejurus selepas itu, tiba-tiba kapal angkasa mereka diserang oleh kapal angkasa lain. Setelah dikenal pasti, rupa-rupanya BoBoiBoy menjalinkan hubungan kerjasama sekali lagi dengan Adu Du yang bertujuan untuk membebaskan Fang, sekaligus mengambil semula Jam-Jam Kuasa mereka.

Dalam Season 3, Episode 26, iaitu episod terakhir musim ke-3, BoBoiBoy dan kawan-kawan memecah masuk ke dalam kapal Kaizo dengan pod angkasa dari kapal angkasa Adu Du, BoBoiBoy dan kawan-kawan berjaya memecah masuk ke dalam kapal Kaizo. Kedatangan mereka disambut baik oleh Kaizo dan Lahap. Dia mula rasa tertarik akan keazaman BoBoiBoy yang tinggi untuk mengambil semula Jam-Jam Kuasa. Dengan itu, pasukan BoBoiBoy dicabar oleh Kaizo untuk bertarung sekali lagi. Pada masa yang sama, Fang mencuri dengar perbualan mereka dari suatu tempat. Tetapi, akhirnya diketahui oleh Kaizo. Selepas masing-masing berada di Medan Latihan Tempur, BoBoiBoy berganding bahu bersama Fang untuk bertarung dan mengalahkan Kaizo sementara Yaya, Ying dan Gopal berdepan dengan Lahap.

Kaizo dilihatkan begitu yakin semasa pertarungan. Dengan kehebatan dan kepantasan yang Kaizo miliki, beliau dapat menandingi kehebatan kuasa BoBoiBoy dan Fang. Akibat terdesak apabila BoBoiBoy dan Fang ditolak oleh Dinding Tenaga dan hampir terjatuh, BoBoiBoy menggunakan sekali lagi kuasa tiga dengan jelmaan BoBoiBoy Lupa, BoBoiBoy Sunog, dan BoBoiBoy Tubig. Dengan menggunakan kuasa kombo BoBoiBoy dan Fang, Kaizo dapat dikalahkan dengan teruk, sampai helmet yang dipakainya pun retak.

Tetapi sebelum kekalahan Kaizo, Lahap dikalahkan terlebih dahulu oleh Yaya dan Ying dengan menggunakan idea bernas daripada Gopal; memberikan Lahap sayur-sayur ulam supaya tubuh Lahap bertukar menjadi sayur agar mudah dikalahkan kerana 'jika besi keras, sayur mesti lembik'. Dengan kekalahan itu, Kaizo mengakui bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawan memang pengguna yang layak untuk menggunakan kuasa Sfera Kuasa.

Sebelum Kaizo menghantar semula BoBoiBoy dan kawan-kawan ke Bumi, Kaizo terlebih dahulu memberikan dua pilihan kepada Fang; sama ada dia ingin menyertai pasukan BoBoiBoy ataupun mengikut kaptennya pulang. Ketika di kedai Tok Aba, Ochobot tertanya-tanya adakah Fang benar-benar mengikut kaptennya pulang. Tiba-tiba, Ochobot ditegur oleh Fang yang datang dari belakang. Fang ditanya oleh Ochobot, mengapa dia tidak mengikut kaptennya pulang. Jawab Fang, abangnya mempunyai kekuatan yang cukup dari kuasa tenaganya, jadi Fang menyertai BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Tiba-tiba, Yaya, Ying, dan Gopal yang mendengar jawapan Fang itu terus mengerjakan Fang akibat tidak memujuk abangnya terlebih dahulu sebelum membelasah mereka.

Rupa

Fang berambut pacak yang berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta bercermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian kiri dan kanan bingkainya. Dia juga berjaket dan berkasut but.

Panahon 2

Pada musim ke-2, Fang mula memakai baju lain disebalik jaketnya yang berwarna ungu. Ketika di sekolah, seperti biasa Fang akan berbaju sekolah berlengan pendek dan mengikat jaketnya pada pinggangnya. Baju sukannya pula berwarna putih bercorak ungu dan berlengan pendek serta berseluar yang sederhana.

Panahon 3

Pada musim ke-3 pula, Fang memakai baju berwarna kelabu tanpa lengan tetapi berzip dan jaketnya diikat pada pinggangnya serta memakai kasut but yang sama, tetapi coraknya berlainan. Dia mempunyai sebuah topeng kuasa yang berwarna putih apabila mengaktifkannya dengan cara menyentuh bingkai cermin matanya.

BoBoiBoy Galaxy

Akan ditambah kemudian...

Perwatakan

Fang adalah seorang lelaki yang agak sombong, mementingkan diri, tidak suka bersosial dan juga lebih suka menyendiri. Dia adalah seorang manusia yang suka menjaga kebersihan. Semenjak dia berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis, dia menjadi kesukaan ramai, terutamanya murid perempuan kerana kekacakannya, tetapi setiap kali nama BoBoiBoy disebut dan dipuji, murid-murid mudah tertarik kepada kisah BoBoiBoy sehingga membuat Fang berasa cemburu dan iri hati.

Semenjak BoBoiBoy pulang dan menetap di Pulau Rintis, Fang menjadi lawan dan saingan ketat kepada BoBoiBoy untuk merebut populariti. Pada Season 2, Episode 9, Ochobot telah termimpikan semula masa silam Fang dan sejak daripada peristiwa itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya menyedari bahawa Fang adalah orang yang baik sebenarnya. Jadi, semenjak daripada hari itu mereka mula berkawan dan Fang juga telah menjadi sebahagian daripada geng BoBoiBoy.

Namun apabila tibanya Kaizo di Bumi, sifatnya lebih pendiam. Kemungkinan dia takut akan kehebatan kuasa kaptennya sehingga dia sanggup mengkhianati dan menyerang kawannya sendiri demi kesetiaannya kepada Kaizo, iaitu abang kandungnya sendiri (pada tiga episod terakhir musim ke-3 sahaja).

Senarai Kuasa

Jenis kuasa yang diberikan oleh Ochobot kepada Fang ialah Kuasa Memanipulasi Bayang. Selepas Fang mendapat kuasa barunya, dia secara tidak sengaja menjelmakan Naga Bayang yang mana ia menyerang Adu Du dan Probe dan juga nyaris-nyaris menghancurkan rumah-rumah. Fang tidak berjaya mengawal Naga Bayang itu, oleh yang demikian, Ochobot menggunakan tenaganya untuk menghentikan Naga Bayang. Selepas Ochobot berjaya menghentikan Naga Bayang jelmaan Fang, Ochobot dan Fang pengsan kerana kehabisan tenaga dan mereka mengalami amnesia, yang mana mereka tidak mengingati tentang peristiwa pada malam berkenaan. Peristiwa ini dikenang dan diceritakan semula dalam Season 2, Episode 9.

Setiap jelmaan haiwan bayang Fang akan mengenakan mata yang berwarna merah yang menyala. Fang tidak dapat menggunakan kuasanya apabila matahari sedang terbit atau terbenam; seperti yang dikatakan oleh Gopal ketika permulaan Season 2, Episode 2. Ini menunjukkan yang Fang tidak akan mempunyai sumber tenaga yang cukup jika ketiadaan cahaya matahari ataupun cahaya yang terang. Hal ini demikian kerana tanpanya, Fang tidak dapat membentuk bayang-bayang. Walau bagaimanapun, sewaktu Fang mula-mula menerima kuasanya, dia mampu untuk menjelmakan Naga Bayang pada waktu malam. Selain itu, dalam Season 3, Episode 16, Fang dapat menggunakan kuasa bayangnya pada waktu malam iaitu di mana ketika Fang menghasilkan Harimau Bayang, Helang Bayang, Pelindung Bayang, dan Tusukan Jari Bayang.

Dalam Season 3, Episode 24, Fang telah berjaya mengeluarkan dua jurusan bayangnya yang baru: Koala Bayang dan Polar Bear Bayang. Ini memberikan Fang mempunyai jelmaan bayangnya sebanyak 16 bentuk.

• Shadow Attack (Serangan Bayang)
• Shadow Tiger (Harimau Bayang)
• Baham, Harimau Bayang
• Shadow Scratch (Cakaran Bayang)
• Cakaran Harimau Bayang
• Shadow Shifter (Bentuk Bayang)
• Serangan Jari Bayang
• Shadow Finger Prick (Tusukan Jari Bayang)
• Shadow Prick (Tusukan Bayang)
• Shadow Eagle (Helang Bayang)
• Shadow Rat (Tikus Bayang)
• Shadow Dragon (Naga Bayang)
• Sambaran Naga Bayang
• Shadow Cocoon (Kokun Bayang)
• Lindungan Bayang
• Pengikat Bayang
• Jari Jemari Bayang
• Tusukan Jari Jemari Bayang
• Tolakan Bayang
• Shadow Koala (Koala Bayang)
• Shadow Polar Bear (Polar Bear Bayang)
• Cakaran Polar Bear Bayang
• Larian Bayang
• Shadow Shield (Pelindung Bayang)
• Shadow Hands (Tangan Bayang)

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Fang telah mendapat tingkatan kuasa melalui tenaga terakhir pemberian Ochobot. Tahap kedua kuasa ini membolehkan dia bercantum dengan mana-mana haiwan bayangnya. Dengan ini, Fang dapat menyerang musuhnya dengan menggunakan kebolehan dan kemampuan daripada haiwan bayang yang bercantum dengannya itu.

• Shadow Garuda Fusion (Separa Garuda Bayang)
• Shadow Bear Fusion (Separa Beruang Bayang)

• Sahdow Grasp (Perangkap Jari Bayang)
• Shadow Eagle (Helang Bayang)
• Shadow Prick (Tusukan Bayang)
• Insectivorous Shadow (Insectivorous Bayang)

Fang telah mendedahkan dalam Season 3, Episode 24 yang dia sebenarnya adalah alien yang mempunyai kuasa asalnya sendiri, iaitu Perforation Power (Kuasa Penembus). Kuasa ini memerlukan Fang mengaktifkan topengnya dengan menyentuh huruf 'F' pada bingkai cermin matanya. Bagaimanapun, dia hanya boleh menggunakan satu kuasa pada satu masa sahaja.

• Perforation Power (Kuasa Penembus)
• Kiub Penembus

Tetapi pada akhirnya, disebabkan topeng kepunyaan Fang telah retak dan kebetulan juga dia tidak lagi bersama kaptennya, Kaizo, Fang tidak lagi menggunakan Kuasa Penembus kerana kuasa ini diambil semula oleh Kaizo.

Serangan Kombo

Bersama BoBoiBoy Lupa

• Shadow Golem (Golem Bayang)
• Shadow Golem Attack (Serangan Golem Bayang)

Bersama BoBoiBoy Sunog dan BoBoiBoy Tubig

• BoBoiBoy and Fang Power Combo (Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang)

Trivia

• Nama sebenar Fang telah didedahkan pada Season 3, Episode 24, iaitu Prebet Pang. Namun begitu, kawan-kawannya yang lain masih lagi memanggilnya dengan panggilan "Fang" kerana tidak menganggap dia musuh. Tetapi, berdasarkan sesi soal jawab dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan “Pang” kerana Fang tidak boleh menyebut namanya sendiri ketika dia masih kecil.