Wiki ng New BoBoiBoy
Advertisement
BoBoiBoy Fire
BoBoiBoy Fire (1)
Mga Alias BoBoiBoy Api
Kapangyarihan {{{power}}}
Hindi Kilala Male
Uri ng hayop Human
Buhok Black
Mata Red-Orange
Petsa ng kapanganakan {{{date_of_birth}}}
Edad 11 (Season 3, BoBoiBoy: The Movie)
14 (BoBoiBoy Galaxy)
Pananakop Superhero, Student
Tininigan sa pamamagitan ng Nur Fathiah Diaz (Malay version)
Unang hitsura {{{first_appearance}}}
Huling hitsura {{{last_appearance}}}
Bilang ng mga Appearances {{{number_of_appearances}}}
Lahi Malay
Katayuan {{{status}}}
Pamilya {{{family}}}

BoBoiBoy Api ialah salah satu elemen baru yang dapat dimanipulasi oleh BoBoiBoy. BoBoiBoy Api melakukan kemunculan sulungnya pada Season 3, Episode 15.

Story

Season 3, Episode 15

Ketika disoal siasat, Adu Du mendedahkan identiti si penjenayah itu dengan menceritakan insiden yang berlaku di pembentung bahawa bayangan hitam sebenarnya adalah BoBoiBoy Api sendiri. Punahlah harapan Adu Du untuk mempelawanya untuk menyertai dalam kumpulan gerombolannya. BoBoiBoy Api malah tertawa dan akhirnya menyerang Adu Du dengan kuasanya.

Setelah mendengar cerita itu, BoBoiBoy terkilan dan terasa tidak percaya kerana rupanya si penjenayah api itu adalah dirinya sendiri, namun kelihatan mereka masih tidak percaya. Sebelum melarikan diri, Adu Du sempat memesan kepada mereka supaya tunggu hingga larut malam tiba supaya merek dapat mempercayainya, lalu Adu Du pun melarikan diri bersama dengan Probe.

Season 3, Episode 16

Pada malamnya, bertempat di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis, BoBoiBoy sedang cuba tidur tetapi agak sukar. Malah dia merungut tentang tempat tidurnya yang berada di tengah-tengah padang sekolah. Kata Gopal, tidak akan ada apa-apa yang boleh terbakar jika kuasa api BoBoiBoy keluar di situ. Oleh itu, mereka mencuba beberapa cara untuk memudahkan dia tidur: Ying menolak BoBoiBoy mengelilingi katil bersamaan 1000 km/jam pada masa yang singkat, tetapi ianya hanya membuatkan BoBoiBoy penat dan lagi sukar untuk tidur. Lalu Yaya mencadangkan BoBoiBoy untuk makan supaya mudah tidur dan menawarkan biskutnya malah ditolak kerana terlalu kenyang, begitu juga dengan Gopal, Ying dan Fang.

Dengan rasa kecewa Yaya menawarkan biskutnya kepada Ochobot, malah Ochobot menolak kerana robot tidak perlu makan. Kemudian, Gopal menyanyikan lagu tidur kepada BoBoiBoy tetapi Ying menanya "Haiya! Apa punya lagu ni?!", lalu giliran Fang pula untuk menyanyikan lagu (Fang menyanyikan lagu tidur dalam bahasa Mandarin dan juga tidak masuk akal), tetapi membuatkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya rasa meluat.

Kemudiannya, Tok Aba mencadangkan supaya dia membaca buku cerita khas untuk cucunya, lalu dia terus membaca cerita mengenai "Sejarah Penubuhan Kedai Kokotiam Tok Aba": Pada tahun 1997, Encik Aba berhasrat untuk membuka bisnes restorannya sendiri... Cerita ini telah membuatkan semua adiwira tertidur. Dalam tidur BoBoiBoy, dia mula bermimpi buruk dan menukarkan dirinya kepada BoBoiBoy Api dan membuka kunci kuasa barunya. Kekuatannya membangunkan semua sahabatnya. Secara tiba-tiba, dari perasaan marah bertukar menjadi orang yang ceria dan baik kepada semua sahabatnya. Yaya bertanya mengapakah dia melakukan semua kebakaran di kawasan Pulau Rintis, tetapi BoBoiBoy Api menceritakan sebuah kisah tentang kemalangan api:

  • Di reban ayam Canteen Lady, dia menunjukkan pertunjukan bebola api kepada ayam-ayam itu. Selepas mempersembahkannya, secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan sebiji Bebola Api lalu ia membakar reban ayam itu.
  • Seterusnya, ketika di Stor Kebenaran, BoBoiBoy Api tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujian matematik, tetapi secara tidak sengaja dia menyentuh pintu stor dan menyebabkan kebakaran lalu melarikan diri dari situ. 
  • Selanjutnya, pada malam itu BoBoiBoy Api berjalan keseorangan sehinggalah dia terlihat gerai aiskrim Mr. Kumar lalu dia mencampakkan Bebola Api dan ia bergolek dan membakar pokok yang berdekatan lalu apinya menjalar sampai membakar gerai Pakcik Kumar. 
  • Malam berikutnya di stor sukan sekolah, BoBoiBoy Api berasa teruja apabila dia melihat pelbagai alatan sukan dan memilihnya sehingga dia terpegang Bebola Api kemudian mencampakkannya ke belakang lalu ia membakar seluruh stor sukan.

BoBoiBoy Api juga berkata bahawa dia berasa bosan dan tertekan mengenai kerjanya sebagai superhero dan pelajar. Kemudian, Gopal bersependapat bahawa BoBoiBoy Api muncul kerana tertekan sangat. Yaya meminta supaya dia kembali kepada biasa tetapi dia tidak termakan kerana dia hanya mahu melepaskan tekanan sahaja.

Oleh itu, Gopal menggunakan pemadam api untuk meredahkan kemarahannya tetapi perbuatan itu hanya menambahkan kemarahannya lalu dia menyerang Gopal berulang-ulang kali dengan Serangan Bebola Api, lalu Fang melindungi Gopal dengan Kokun Bayang. Fang bertanyakan apakah masalahnya, tetapi dia membalas merekalah yang cari gaduh dahulu. BoBoiBoy Api menggunakan Bola Tampar Berapi dan Fang menggunakan Tusukan Jari Bayang untuk menghalang daripada mencederakan sesiapa, Fang menyangka yang dia telah berjaya, namun tidak...

BoBoiBoy Api melancarkan Serangan Bebola Api, Bertalu-talu ke arah mereka, lantas Fang melindungi dirinya. Ying pula memperlahankan masa untuk melindungi semua wira, tetapi gagal kerana Ying mempunyai masa yang terhad. BoBoiBoy Api ternampak Gopal bangun lalu menyerangnya dengan serangan Tendangan Penalti Bebola Api, tetapi Gopal menukarkannya menjadi cekodok pisang yang panas dan menyebabkan Gopal tidak tahan untuk memegangnya dan akhirnya dia menelan dengan gaya yang terbaik dan membuatkan BoBoiBoy Api berasa kagum dan teruja.

Fang menjelmakan Shadow Tiger untuk melompat ke dalam Lingkaran Api untuk membuat BoBoiBoy lebih gembira. Fang menukarkan Harimau Bayang kepada Shadow Eagle lalu terbang ke arah Lingkaran Api yang berganda di udara. Gopal juga membaling botol-botol kosong dan menukarkannya menjadi ayam goreng dan Ying pula memperlahankan masa di dalam kubah yang kecil. Tiba-tiba, datangnya Adu Du dan Probe menyerang sahabat-sahabat BoBoiBoy.

Masa yang diperlahankan oleh Ying terus terbatal apabila diserang Mega Probe. BoBoiBoy Api yang terlihat perkara itu membuatkan dia berasa sangat marah lalu menjelmakan bebola api yang besar dan melontarkannya ke arah Adu Du dan Mega Probe. Mega Probe cuba menahannya, tetapi tidak berjaya malah mereka terpelanting ke langit. BoBoiBoy Api jatuh ke tanah lalu kembali kepada biasa semula. Fang memberitahunya tentang kuasa barunya.

Sekembalinya Adu Du dan Probe ke Markas Kotak, Adu Du mengambil sampel kuasa api dari kepala Probe dan memasukkannya ke dalam BoBoiBot. Kemudian, Adu Du menjerit "Tunggulah kemunculan BoBoiBot!" dengan hati gelakannya yang begitu licik sekali.

Keesokan harinya di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Papa Zola dengan hati yang gembira membawa alatan-alatan sukan yang baru menuju ke padang. Tetapi, kegembiraannya terhenti apabila dia melihat keadaan padang sekolah yang hangus terbakar.

Season 3, Episode 17

Adu Du memerintahkan BoBoiBot untuk menambahkan lagi perasaan tertekan BoBoiBoy. Oleh itu, BoBoiBot mula mengatakan bahawa dia "lebih terbaik" daripada BoBoiBoy kepada BoBoiBoy di hadapannya, siap dengan gaya pada tangannya lagi. Setelah itu, akhirnya BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Gopal yang melihat penukaran BoBoiBoy lantas menyuruh dia untuk tenangkan diri, tetapi BoBoiBoy Api tidak dapat mengawal dirinya. Lantas dia terus menyerang Adu Du dan Probe dengan serangan Bebola Api.

Lalu Adu Du bersandiwara dan mengarahkan BoBoiBot untuk menyelamatkan semua penduduk di Pulau Rintis kerana kononnya BoBoiBoy telah hilang kawalan. Kemudian, BoBoiBoy Api menyerang BoBoiBot dengan Bebola Api secara bertalu-bertalu. Tetapi, serangannya menjadi tidak terkawal, jadi Bebola Api dilontarkannya ke segala arah, sehingga hampir terkena semua penduduk sekitar. Kemudian, BoBoiBoy Api menyerang BoBoiBot dengan Gegelung Api pula dan ia berhasil melilit BoBoiBot, maka BoBoiBoy Api menambahkan kepanasan BoBoiBot dengan menggunakan Pemanasan Maksima, lalu semua penduduk juga dapat terasa bahangnya.

Cubaan BoBoiBoy Api tidak berhasil apabila BoBoiBot bertukar menjadi "BoBoiBot Api 2.0", membuatkan BoBoiBoy Api berasa terkejut. Lantas BoBoiBot Api mengeluarkan Bebola Api 2.0 yang lebih besar daripada versi BoBoiBoy Api. Serangan itu memberikan kesan terhadap BoBoiBoy sehingga dia bertukar menjadi biasa semula.

BoBoiBoy: The Movie

Di dalam BoBoiBoy: The Movie, Ochobot memberikan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying. Daripada pemberian tenaga terakhir itu, BoBoiBoy mendapat beberapa elemen dan evolusi yang baru. Dengan rasa marah, BoBoiBoy berjalan sambil menjerit kepada Bora Ra kerana menghancurkan Ochobot dan kemudian terus bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze. Oleh itu, BoBoiBoy Blaze menjadi penukaran kuasa untuk BoBoiBoy Api.

Kuasa

  • Fireball (Bebola Api): Serangan utama BoBoiBoy Api.
    • Multiple Fireball (Bebola Api, Bertubi-tubi): BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api daripada kedua-dua tangannya dan kemudian berpecah menjadi banyak lalu dapat menyerang meusuh dari atas secara bertubi-tubi.
    • Bebola Api Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan bebola api yang kecil, kemudian membesarkannya menjadi gergasi lalu menyerang musuh daripada atas.
    • Bebola Api Berkembar: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api lalu menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh. Serangan ini pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Fireball Attack (Serangan Bebola Api): Sama seperti Bebola Api yang biasa, tetapi serangan ini dapat menyerang secara lontaran dari jarak yang jauh.
    • Serangan Bebola Api, Bertalu-talu: BoBoiBoy Api menjelmakan seberapa banyak bebola api dan diterapungkan di atas udara lalu menampar sebiji demi sebiji untuk menyerang musuh secara bertalu-talu.
  • Blazing Volleyball Jump Serve (Bola Tampar Berapi): BoBoiBoy Api menghasilkan sebiji bebola api yang besar di tangannya, lalu melontarkan ke atas udara dan menampar bagi menambah kelajuannya.
  • Fireball Penalty Kick (Sepakan Penalti, Bebola Api): Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api untuk mengeluarkan Bebola Api kemudian menendangnya dengan teknik Tendangan Basikal ke arah musuhnya.
  • Fire Shackles (Gegelung Api): BoBoiBoy Api menghasilkan Gegelung Api lalu melancarkannya untuk melilit badan musuhnya.
    • Maximum Heat (Pemanasan Maksima): BoBoiBoy Api menghasilkan gelombang haba yang boleh dirasai bahangnya dan jadi kuasa pelengkap kepada teknik Gegelung Api.

In Short Comic

  • Lompatan Api: BoBoiBoy Api menghasilkan api di kaki untuk melompat. Digunakan untuk mengelak daripada serangan Letupan Air daripada BoBoiBoy Water dalam Komik Mini: BoBoiBoy Api vs. BoBoiBoy Air.
  • Tumbukan Berapi: BoBoiBoy Api menumbuk musuh dengan tangannya yang penuh dengan api yang membara. Digunakan untuk menyerang BoBoiBoy Air, tetapi telah dihentikan oleh BoBoiBoy Earth dalam Komik Mini: BoBoiBoy Api vs. BoBoiBoy Air.

Combo Attacks

Bersama BoBoiBoy Air

  • Kombo Golem Tanah, Api dan Air: Kuasa kombo baru antara BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air yang membolehkan mereka menjadikan satu golem kepada golem citarasa mereka. Pertama kali digunakan pada Season 3, Episode 26 untuk bertarung Captain Kaizo.

Bersama BoBoiBoy Tanah

  • Golem Fire (Golem Api): Dengan melakukan kuasa kombo baru, BoBoiBoy Api boleh menjadikan Golem Tanah kepada Golem Api. Pertama kali digunakan pada Musim 3, Episod 26 untuk menewaskan Kapten Kaizo.

Bersama Fang

  • Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang: Kuasa kombo baru bagi BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Air dan Fang. Pertama kali digunakan pada Musim 3, Episod 26 sebagai serangan terakhir untuk mengalahkan Kapten Kaizo.

Rupa

BoBoiBoy Api mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy yang asal, tetapi topi dan jaketnya bertukar menjadi warna jingga dan birai topinya menghadap ke hadapan pemakai tetapi sedikit ke atas dan menampakkan rambutnya. Iris matanya juga bertukar menjadi warna jingga dan lungsur zip jaketnya pula tidak ditutup serta bentuknya bertukar menjadi bentuk api. Dia mempunyai sepasang baju dan seluar yang diringkaskan, serasi dengan perwatakan api yang selalu bergerak dengan aktif.

Perwatakan

BoBoiBoy Api mempunyai sifat amat periang dan hyperaktif, tetapi kadangkala sifatnya boleh berubah menjadi serius akibat terlalu tertekan.

Appearances

Season 3

  • Season 3, Episode 15
  • Season 3, Episode 16
  • Season 3, Episode 17
  • Season 3, Episode 25
  • Season 3, Episode 26

Movie

Others

  • Happy New Year 2015!
  • 5 Reasons to Watch BoBoiBoy!

Trivia

  • BoBoiBoy Api suka bermain-main dengan kuasa apinya dan juga sering membuat Pertunjukan Bebola Api pada ayam-ayam yang dibela oleh Makcik Kantin.
  • Jelas BoBoiBoy Api, dia ingin melepaskan tekanan kerana dia menjadi superhero yang kena menolong orang, menyelamatkan orang, membuat kerja sekolah, menyelamatkan seluruh pulau, dan juga mempunyai ujian pada masa yang sama.
  • Disebabkan oleh tekanan yang melampau, BoBoiBoy Api telah melakukan kebakaran-kebakaran di kawasan Pulau Rintis secara tidak sengaja kerana tidak menjumpai cara untuk menghilangkan tekanannya.
Advertisement