Wiki ng New BoBoiBoy
BoBoiBoy Title Card (1)

Logo siri BoBoiBoy.

BoBoiBoy ialah siri animasi Malaysia yang dikeluarkan oleh Animonsta Studios. Siri ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama BoBoiBoy dengan kawan-kawannya yang membentuk satu pasukan dan bersama-sama melindungi Bumi dengan menewaskan alien-alien jahat yang cuba menakluki Bumi.

BoBoiBoy Original Logo

logo lama

Siri ini mula-mula ditayangkan di Malaysia menerusi saluran TV3 pada 11 Mac 2011, kemudian menembusi pasaran antarabangsa pada 18 Jun pada tahun yang sama di Disney Channel Asia.

Episod terakhir siri ini tamat disiarkan di TV3 pada 11 Jun 2016.

Ringkasan[]

BoBoiBoy adalah anak watan KL yang datang ke Pulau Rintis sempena cuti sekolah untuk menemani datuknya, Tok Aba menjaga kedai kokonya. Pada masa yang sama sekumpulan makhluk asing yang diketuai Adu Du datang untuk menakluki dan membolot hasil koko bumi. Oleh yang demikian, BoBoiBoy dan kawan-kawan setempatnya, Yaya, Ying dan Gopal diberi kuasa-kuasa super oleh Ochobot untuk menentang Adu Du serta alien-alien jahat lain untuk melindungi tempat tinggal mereka.

BoBoiBoy dapat mengawal dan berpecah kepada beberapa elemen yang berbeza yang terdapat di planet Bumi. Yaya boleh terbang dan memegang benda berat dan mengawal kuasa graviti. Ying boleh memecut laju dan mengawal kuasa masa, manakala Gopal boleh menukarkan dari satu objek kepada makanan atau objek yang lain.

Sepanjang kisah ini dalam usaha menentang ancaman musuh, BoBoiBoy dan kawan-kawan dibantu oleh wira-wira lain, antaranya ialah Papa Zola, seorang watak permainan video yang keluar ke dunia nyata secara tidak sengaja dan Fang, seorang budak penjurus bayang sebaya dengan BoBoiBoy yang mula-mula disangka musuh tetapi rupanya juga mendapat kuasa.

Selain Adu Du, juga terdapat ancaman musuh-musuh daripada dalam dan luar bumi, terutama sekali makhluk-makhluk asing yang sama keturunan dan spesies dengan Adu Du dan raksasa dan robot ciptaan Adu Du sendiri.

Kisah[]

Musim 1 (2011)[]

BoBoiBoy menyambut cuti sekolah dengan melawat datuknya, Tok Aba yang berada di Pulau Rintis, di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru yang menjadi sahabat handainya sepanjang siri, iaitu Yaya, Ying, dan Gopal. Pada masa yang sama, munculnya makhluk asing jahat yang bernama Adu Du yang merancang untuk merampas kesemua koko di bumi bersama konco-konconya, Probe dan Computer. Pada suatu hari, Adu Du mengarahkan Probe pergi mencuri koko dari gerai Tok Aba, apabila BoBoiBoy mengetahui yang satu tin koko telah dicuri, dia mengekori Probe untuk mengambil semula kokonya sehinggalah tiba di kapal angkasa Adu Du.

Sedar tidak sedar, BoBoiBoy telah diekori oleh sebuah Bola Kuasa yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ochobot pada waktu malam di luar rumah BoBoiBoy dan memberikan BoBoiBoy keupayaan untuk mengawal elemen petir, angin, dan tanah serta dapat berpecah menjadi tiga dengan elemen BoBoiBoy LightningBoBoiBoy Wind, dan BoBoiBoy Earth. Ochobot juga turut memberikan kuasa kepada kawan-kawan BoBoiBoy. Maka, BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du disamping membantu penduduk apabila ada kesusahan. Penangan Adu Du yang getir juga mendorong peningkatan kuasa BoBoiBoy kepada BoBoiBoy ThunderstormBoBoiBoy Cyclone, dan BoBoiBoy Quake. Pada kemuncak musim pertama, BoBoiBoy pulang semula ke bandar lamanya untuk menyambung persekolahannya di sana.

Musim 2 (2012-2013)[]

Enam bulan selepas menumpaskan Adu Du pada penghujung musim pertama dan kembali ke bandar, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis dan meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Maka, dia bertemu kembali dengan Yaya, Ying dan Gopal di samping bertemu dengan seorang lawan baru yang bernama Fang yang cemburu akan kuasa dan populariti BoBoiBoy di sekolah. Di samping itu, BoBoiBoy juga dapat bertukar terus kepada kuasa tahap kedua tanpa berpecah menjadi tiga.

Sementara itu, Adu Du sering mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan BoBoiBoy yang telah kembali itu, termasuklah bekerjasama dengan Fang buat sementara waktu. Akan tetapi, kesemua cubaannya gagal. Pada akhirnya, Fang menyertai geng BoBoiBoy kerana kuasanya juga dikurniakan oleh Ochobot secara tidak sengaja dalam satu pertembungan dengan Adu Du dan Probe. Musim kedua diakhiri dengan ketibaan Ejo Jo di Bumi yang mengucar-ngacirkan sekolah BoBoiBoy. Oleh itu, Adu Du dan BoBoiBoy telah bekerjasama dan bersama-sama berganding bahu untuk mengalahkan Ejo Jo.

Musim 3 (2014-2016)[]

Setelah bertungkus-lumus menumpaskan Ejo Jo, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mula berkawan dengan Adu Du untuk bersama-sama menjaga keselamatan Pulau Rintis daripada ancaman dari dalam dan luar. Namun, persahabatan mereka itu tidak berkekalan apabila datang Ibu Bu, iaitu ibu Adu Du untuk melawat dan melepaskan rindunya terhadap anaknya yang dipanggil "Bubuchuk" sebagai nama timangannya. Apabila mengetahui dia menjadi baik, dia memujuk Adu Du semula dengan habis-habisan supaya kembali kepada kejahatan. Kuasa elemen BoBoiBoy turut berkembang apabila dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Fire yang boleh mengawal elemen api.

Adu Du pula berusaha mencipta sebuah robot yang dinamakannya BoBoiBot yang bukan sahaja menyerupai rupa BoBoiBoy, bahkan juga meniru kuasa-kuasa elemen BoBoiBoy sehingga dia menggantikan BoBoiBoy sebagai seorang wira tempatan di Pulau Rintis. Akhirnya, dengan bantuan Probe yang memberitahu kelemahan BoBoiBot kepada BoBoiBoy dan Ochobot, BoBoiBoy menyahut cabaran penirunya dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Water yang boleh mengawal elemen air.

Setelah BoBoiBot berjaya dikalahkan, BoBoiBoy bersama yang lain menjayakan sebuah karnival di sekolah mereka, iaitu Karnival Hari Bumi. Semuanya berjalan lancar, namun tiba-tiba muncul seekor raksasa yang dikenali sebagai Raksasa Perisai dan telah menghasilkan sampah-sarap di Pulau Rintis. Setelah bertungkus-lumus bertarung, akhirnya Raksasa Perisai berjaya dikalahkan dengan serangan kombo. Malamnya pula, Adu Du dan Probe membentuk satu pasukan jahat, Jero-Jero yang dijadikannya sebagai pasukan tulang belakang kepada aktiviti jenayah lain.

Keesokan harinya, Adu Du dan Probe mendapat tahu bahawa Ejo Jo sedang dalam perjalanan menuju ke Bumi, lantas menyampaikan maklumat itu kepada BoBoiBoy. Oleh itu, mereka bersetuju untuk bekerjasama mengalahkan Ejo Jo. Ketibaan Ejo Jo dengan peningkatan pada dirinya membuatkan pasukan BoBoiBoy berasa getir, lebih-lebih lagi BoBoiBoy sendiri. Walau bagaimanapun, pertarungan mereka terganggu apabila muncul kapal angkasa lain di situ. Ia menurunkan seorang lelaki dan seekor raksasa. Entah bila dan dari mana, tiba-tiba Fang muncul berjalan ke arah mereka kemudian menunduk hormat.

Mereka berdua yang misteri itu kemudian memperkenalkan diri sebagai Captain Kaizo, dan Leftenan Lahap dan memberitahu tujuan mereka datang ke Bumi; merampas Jam Kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Setelah lama rahsia tersimpan, akhirnya dibongkarkan oleh Kapten Kaizo sendiri. Amat mengejutkan BoBoiBoy dan kawan-kawan apabila mendapat tahu bahawa Fang sebenarnya adalah perisik dalam pasukan Kaizo dan hanya menggunakan "Fang" sebagai nama palsu. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui bahawa Fang sebenarnya berspesis alien dan bukan berspesiskan manusia.

Walau seberapa banyak kali pun meminta BoBoiBoy untuk menyerahkan Jam Kuasanya, dia tetap berdegil. Melihat Lahap mengeluarkan sebekas minuman toksik dari belakangnya, Fang tiada pilihan lantas mengambil Jam Kuasa mereka dengan kuasa bayangnya dan kemudian menyerahkan kepada Kapten Kaizo. Pada akhirnya, Kapten Kaizo dan Lahap bersama Fang terus berlepas ke angkasa meninggalkan BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Ketika di dalam kapal angkasa, Fang turut memberikan Jam Kuasanya bersama atas arahan Kapten Kaizo. Katanya, dia tidak layak menggunakan dua kuasa sekaligus. Tiba-tiba, kapal angkasa mereka diserang oleh kapal angkasa lain. Setelah Lahap mengenal pasti, rupa-rupanya BoBoiBoy menjalin hubungan bekerjsama dengan Adu Du bagi membebaskan Fang sekaligus mengambil semula Jam Kuasa mereka.

Dengan menaiki pod angkasa, BoBoiBoy dan rakan-rakan berjaya memecah masuk ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo. Setelah itu, Kapten Kaizo berjalan ke arah mereka dan mula rasa tertarik akan keazaman BoBoiBoy yang tinggi untuk mengambil semula Jam Kuasa mereka. Dengan itu, Kapten Kaizo mencabar BoBoiBoy untuk bertarung sekali lagi dengan pasukannya. Oleh itu, BoBoiBoy dan Fang berganding bahu mengalahkan Kapten Kaizo sementara Yaya, Ying dan Gopal bertarung dengan Lahap.

Kemuncaknya, BoBoiBoy dan kawan-kawan berjaya mengalahkan pasukan Kapten Kaizo dengan bekerjsama dan melakukan serangan kombo baru yang kuat. Dengan kekalahannya itu, Kapten Kaizo terus mengakui bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawan memang layak untuk menggunakan kuasa-kuasa. Dengan akuannya itu, Kapten Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya kerana dengan kebolehan dan kemampuan yang dimilikinya, ia boleh menolong pasukan Kapten Kaizo untuk mengumpulkan seberapa banyak Sfera Kuasa yang boleh dijumpai.

Namun, pelawaan itu ditolak oleh BoBoiBoy kerana Kapten Kaizo menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian dalam misinya. Kapten Kaizo kemudian memberikan dua pilihan kepada Fang, sama ada dia ingin menyertai BoBoiBoy dan kawan-kawan ataupun mengikut pasukannya pulang ke tempat mereka. Tetapi disebabkan oleh Kapten Kaizo sudah mempunyai kekuatan yang mencukupi, Fang menyertai BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Sebelum menghantar mereka semua ke Bumi, Kapten Kaizo telah menasihati BoBoiBoy agar sentiasa berhati-hati dengan ancaman luar.

Ketika di gerai Tok Aba, satu lagi rahsia baru telah dibongkarkan oleh Fang sendiri secara tidak sengaja. Sebenarnya, Kapten Kaizo bukan sahaja kapten kepadanya, bahkan dia adalah abang kandung kepadanya. Mendengar perkara itu, Yaya, Ying dan Gopal terus mengerjakan Fang atas kesalahannya yang tidak memberitahu mereka tentang perkara itu. Sementara itu, BoBoiBoy tersenyum sambil mengujar "terbaik". Sebelum tamat, BoBoiBoy membuat pengakuan sebagai seorang superhero, "Aku BoBoiBoy, superhero bumi... Nampaknya aku perlu bersedia... Semakin ramai dari luar sana yang akan datang... Aku perlu lindungi kawan-kawan aku... Aku perlu lindungi bumi... Dan aku perlu lindungi galaksi..."

BoBoiBoy: The Movie (2016)[]

Rakan robot BoBoiBoy, Ochobot, telah diculik oleh sekumpulan pemburu Sfera Kuasa makhluk asing yang bernama Tengkotak dengan tujuan menggunakan Ochobot untuk mencari Klamkabot, iaitu sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di bumi. Oleh yang demikian, BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot sekaligus mendedahkan rahsia disebalik misteri Sfera-Sfera Kuasa. Di samping itu, BoBoiBoy dan kawan-kawan juga telah mendapat kuasa tingkatan dan kuasa tahap kedua baru daripada pemberian tenaga terakhir Ochobot.

BoBoiBoy Galaxy (2016-2017)[]

TBA

Penerbitan[]

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain (Safwan Abd Karim, Anas Abdul Aziz, dan Kee Yong Pin) setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dahulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarahkan oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.

Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama. Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.

Projek Filem BoBoiBoy[]

Rencana utama: BoBoiBoy: The Movie.

Animonsta Studios telah mengumumkan projek penghasilan filem BoBoiBoy: The Movie pada bulan Mei 2013. Mengikut perancangan asal, filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada akhir tahun 2014, tetapi telah ditunda kepada bulan Mac 2015 dan ditunda sekali lagi kepada bulan November 2015 menurut Majalah Komik BoBoiBoy. Kemudian ditunda sekali lagi kepada bulan Mac atau April 2016 menurut Facebook BoBoiBoy.

Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan tarikh tayangan secara rasmi melalui Facebook BoBoiBoy, iaitu pada 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan pula tarikh tayangan di pawagam Indonesia iaitu pada 13 April 2016. Pada 18 Mac 2016, pihak Monsta telah mengumumkan tarikh tayangan di Singapura iaitu pada 18 Mac 2016.