Wiki ng New BoBoiBoy
Advertisement

Anas Abdul Aziz merupakan salah seorang pengasas dan pemilik Animonsta Studios (di samping Mohd Nizam Abd Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin) yang juga memegang jawatan Pengarah Kreatif di syarikat berkenaan. Anas turut menyuarakan beberapa watak dalam BoBoiBoy.

Begitu juga dengan ketiga-tiga rakan pengasas di Animonsta Studios, Anas merupakan bekas kakitangan Les' Copaque Production yang memegang jawatan Pengarah Kreatif serta menulis skrip bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Advertisement